Monday 29 August 2016

[[ Kurus Badan ]] 6 Faktor Perut Menjadi Buncit Dan Cara Mengatasinya

7 Faktor Perut Menjadi Buncit Dan Cara Mengatasinya | Perut anda buncit? itu normal bagi rakyat Malaysia, maklumlah mewah dengan pelbagai makanan yang enak-enak dan berkolesterol tinggi kan. Tapi faktor penyebab perut menjadi buncit bukan hanya di sebabkan makanan sahaja. Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit.


Berikut di senaraikan 7 faktor perut menjadi buncit dan cara mengatasinya agar masalah perut buncit anda menjadi lebih kurus, ramping dan sihat. Anda nak tahu lebih lanjut mesti kena habiskan bacaan ini.

7 Faktor Perut Menjadi Buncit Dan Cara Mengatasinya :

1. Faktor Keturunan

Faktor keturunan yang di warisi daripada ibu bapa secara umumnya sukar di elakkan. Contoh, kalau ibu bapa kategori buncit, anak nak slim/kurus mmg susah la.

2. Faktor Penuaan

Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Penurunan hormon ini akan meningkatkan lemak diperut. Senang je, tengok ibu dan bapa kita, bila dah tua, memang buncit padahal masa muda slim/kurus je.

3. Makanan & Minuman Tertentu

Alkohol adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur. Makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemak yang sangat tinggi. Susu pun boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. Oleh itu, lebih baik ambil susu rendah lemak.

4. Tembakau

Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan kembung kerana proses penghadaman terganggu.

5. Stres

Keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semulajadi tubuh termasuklah sistem penghadaman. Stres boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan mengembang. Selain itu, golongan wanita lebih mudah dilanda stres dan seterusnya cenderung memiliki lemak berlebihan di perut meskipun berat badannya normal! Keadaan ini diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.

6. Perubahan Hormon

Terutamanya ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak di perut. Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : [[ Kurus Badan ]] 6 Faktor Perut Menjadi Buncit Dan Cara Mengatasinya

0 comments:

Post a Comment