Sunday 28 August 2016

[[ Maklumat ]] 9 Faktor Risiko Penyebab Tekanan Darah Tinggi

9 Faktor Risiko Penyebab Tekanan Darah Tinggi | Penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi, bukanlah sejenis penyakit baru. Hampir semua orang pernah tahu atau bahkan mengalaminya. Malah boleh di katakan darah tinggi adalah penyakit yang biasa di alami lebih-lebih lagi orang Malaysia dalam secara tak sedar. Tetapi, berapa banyak yang tahu dan pasti apakah yang menjadi faktor penyakit darah tinggi pada seseorang?


9 Faktor Risiko Penyebab Tekanan Darah Tinggi

Berikut adalah 9 faktor risiko penyebab tekanan darah tinggi yang harus anda tahu.

1. Faktor keturunan

Bukan hanya warna kulit, ciri fizkal atau sifat yang biasa di warisi dari orang tua kita. Ternyata, penyakit juga boleh di warisi. Jika salah satu, atau kedua orang tua anda mengalami tekanan darah tinggi, kemungkinan anda pun berisiko tinggi mengalaminya.

2. Usia

Seiring bertambahnya usia, kita semua semakin berisiko menderita tekanan darah tinggi. Mengapa? Kerana semakin kita bertambah tua, elastik pembuluh darah kita juga berkurang sehingga cenderung mengalami penyempitan pembuluh darah. Akibatnya, tekanan darah pun meningkat.

3. Gender

Hingga usia 45, lelaki lebih berisiko mengalami tekanan darah tinggi. Pada usia 45 hingga 64, baik lelaki maupun wanita memiliki tingkat risiko yang sama. Tetapi, justeru pada usia di atas itu, wanita lebih berisiko.

4. Kurang bergerak (Sedentary lifestyle)

Biasanya, orang yang tinggal di kota besar cenderung memiliki gaya hidup kurang cergas. Bekerja di pejebat, dan terus menerus duduk, di tambah lagi kurangnya aktiviti senaman, akan cenderung meningkatkan risiko penyempitan atau penyumbatan di pembuluh darah. Akibatnya adalah meningkatnya risiko darah tinggi.

5. Pola makan

Kalau Anda suka makan makanan tinggi kalori, lemak, dan gula, mungkin sudah saatnya Anda mengurangkan untuk mengurangi risiko terkena penyakit darah tinggi. Dan, ini juga adalah fakta umum yang di ketahui hampir semua orang, kurangkan makanan bergaram kerana itu dapat menahan banyak cairan dalam tubuh sehingga meningkatkan tekanannya.

6. Berat badan berlebih

BMI (Indeks Massa Tubuh) boleh  menjadi salah satu ukuran risiko. Jika BMI Anda 25 hingga 30, atau bahkan lebih, Anda terhitung kelebihan berat badan, dan lebih berisiko mengalami tekanan darah tinggi.

7. Minum minuman beralkohol

Tabiat minum alkohol dapat meningkatkan kadar trigliserida dalam darah. Trigliserida adalah kolesterol yang tidak baik yang berpotensi menyebabkan tekanan darah meningkat.

8. Stres

Stres dapat meningkatkan tekanah darah sewaktu. Hormon adrenalin akan meningkat sewaktu kita stres, dan itu boleh mengakibatkan jantung mengepam darah lebih cepat sehingga tekanan darah pun meningkat. Selain itu, pada saat stres biasanya pilihan makanan kita kurang baik. Kita akan cenderung melahap apa pun untuk menenangkan diri, dan itu secara tidak langsung memberi tekanan darah kita.

Penawar Kencing Manis Asli
Ubat Kencing Manis
Penyakit Kencing Manis
kencing manis semasa hamil
Herba Resdung
Rawatan resdung
Kenali Penyakit Resdung
Nak Rawat Resdung Semulajadi

9. Kondisi penyakit yang lain

Menurut para ahli, gangguan kondisi kesihatan seperti Apnea tidur (Sleep Apnea) dapat menimbulkan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami gangguan ini sangat di galakkan mendapat rawatan lanjut dari doktor.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : [[ Maklumat ]] 9 Faktor Risiko Penyebab Tekanan Darah Tinggi

0 comments:

Post a Comment