GUANGDONG - CHINA . Seorang wanita terkejut selepas nasi yang dimakannya adalah beras palsu yang diperbuat di gulungan kertas kecil.
 
Wanita yang hanya dikenali sebagai Cai hanya menyedari perkara tersebut selepas sukar untuk mengunyah nasi tersebut ketika makan tengahari.
 
Cai memberitahu wartawan, dia bersama keluarganya pada mulanya tidak menyedari perkara tersebut, namun selepas meenghabiskan hampir separuh nasi tersebut, dia  terkunyah sebutir nasi yang agak keras.